All News

PROFESOR PERUNDING TINGKAT UPAYA PROGRAM BPLB

429973041 799136005581736 5172899870024126992 n

Oleh: Dr. Muhammad Hafiz Badarulzaman

Gambar oleh: Ahmad Termizi Othman

SINTOK: Seramai 10 profesor Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dilantik sebagai Profesor Perunding bagi memastikan kelangsungan dan kecemerlangan program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan (BPLB), Pusat Pengajian Undang-undang (SOL).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan Profesor Perunding ketika ini adalah seramai 21 orang. Pelantikan Profesor Perunding ini tidak terhad kepada mereka yang mempunyai kepakaran undang-undang, bahkan perlantikan ini melibatkan kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu bagi menggambarkan tiga bidang utama program ini iaitu falsafah, undang-undang dan perniagaan.

Penolong Naib Canselori UUM COLGIS merangkap Pengerusi Mesyuarat Profesor Perunding, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab berkata, mesyuarat dan perjumpaan berkala yang diatur setiap tahun itu bertujuan bagi membincangkan pelbagai aspek berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan program ini.

Menurutnya yang juga Dekan SOL, Profesor Perunding akan berkongsi pandangan dan cadangan mengenai penilaian prestasi semasa program, penambahbaikan kurikulum, serta perancangan masa depan.

Di samping itu, Profesor Perunding juga akan mencadangkan tumpuan kepada strategi untuk meningkatkan upaya dan kerjasama antara universiti dan industri serta mekanisme yang dapat memperkukuh hubungan dalam kalangan pemegang taruh dalam memastikan program BPLB terus relevan sebagai program elit dan kompetitif.

Profesor Perunding juga akan bertindak sebagai mentor kepada semua pelajar BPLB dan penyelia kursus Thinker’s Project bagi memantau penempatan pelajar di peringkat C-Level semasa menjalankan latihan industri. Lebih unik, para profesor perunding turut terlibat dalam sesi temuduga untuk calon pelajar baharu program BPLB untuk memastikan calon yang dipilih nanti mempunyai latar belakang akademik yang kukuh dan kemahiran berfikir secara kritis dan kritial.

Diharapkan dengan perlantikan ini, pelbagai input yang konstruktif daripada para profesor perunding akan memastikan program BPLB terus berkembang dan berdaya saing serta melahirkan graduan yang seimbang dari sudut daya intelek, kerohanian, dan sahsiah. – Dr. Muhammad Hafiz Badarulzaman