All News

FORUM AMBANG RAMADHAN: MENONGKAH GERBANG RAMADHAN

gambar berita 22.3.2023

SoL UUM ONLINE – Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), UUM COLGIS dengan kerjasama Pusat Alumni, UUM telah menganjurkan satu Forum Ambang Ramadhan secara dalam talian yang telah diadakan pada 22 Mac 2023.

Forum yang bertajuk “Menongkah Gerbang Ramadhan” ini telah disampaikan oleh dua (2) ahli panel jemputan yang merupakan Alumni UUM iaitu Panel 1, YBrs. Dr. Faridah binti Haji Ahmad, BCK, Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Kedah (Alumni Doktor Falsafah) manakala Panel 2, YBrs. Encik Muhammad Faiz bin Hussin Shokri, Ketua Pegawai Strategi, Lembaga Zakat Negeri Kedah (Alumni Sarjana Undang-undang Sumber Manusia). Dr. ‘Ain Husna binti Mohd Arshad, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-undang bertindak sebagai moderator dalam forum tersebut.

Program Forum Ambang Ramadhan ini adalah salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), UUM COLGIS bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadhan peringkat Pusat Pengajian. Ianya secara tidak langsung memastikan setiap umat Islam agar mula mempersiapkan diri daripada aspek rohani dan jasmani bagi menjalani ibadah puasa dan lain-lain ibadah di sepanjang bulan Ramadhan. Justeru, Forum Ambang Ramadhan ini adalah merupakan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat bagi mengingatkan setiap umat Islam akan amalan-amalan yang sesuai dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan agar ianya lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.

Forum ini berjalan dengan kehadiran lebih 100 orang yang terdiri daripada kakitangan Universiti Utara Malaysia kh ususnya staf Pusat Pengajian Undang-undang.