All News

40 KERTAS KERJA DIBENTANGKAN DI SOLAS VI 2022

solas vi

SOL ONLINE: Seminar on Law and Society 2022 (SOLAS VI) ialah seminar yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia setiap tahun bermula dari 2016 telah diadakan pada 8-9 November 2022. SOLAS VI pada kali ini dikemudikan oleh Dr. Asmar Abdul Rahim sebagai Pengarah manakala ahli jawatankuasa kerja terdiri daripada kalangan para pensyarah SoL. Seminar ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi webex dan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Yusramizza Md Isa @ Yusuff, Dekan Pusat Pengajian Undang-undang, UUM COLGIS.

Tema SOLAS VI pada tahun ini ialah ‘Sustainability in Society: Legal Response'. Kelestarian dalam masyarakat adalah untuk memastikan keseimbangan pembangunan ekonomi dengan merangkumi sosial dan kelestarian alam sekitar.

Oleh itu, landskap undang-undang perlu mengejar mandat SDG demi memastikan keseimbangan kelestarian dalam masyarakat. Memandangkan undang-undang diwujudkan dan dipraktikkan melalui proses kemasyarakatan, perspektif hubungan bersama antara undang-undang dan masyarakat kini diperluaskan kepada institusi, proses dan landskap yang berbeza.

Matlamat utama Seminar on Law and Society 2022 (SOLAS VI) adalah untuk menyediakan platform untuk ahli akademik, penyelidik, pengamal dan pemain industri untuk berkongsi pengetahuan dan idea, meluaskan rangkaian, membentangkan penemuan penyelidikan, pengalaman dan kepakaran mereka serta meneroka sebarang potensi lain yang mungkin menyumbang untuk kelestarian dalam masyarakat.

SOLAS VI tahun ini telah mendapat penyertaan sebanyak 40 kertas kerja yang telah dibentangkan termasuk tiga penyertaan daripada Chittagong Independent University.

Sekian.