All News

“FORUM CELIK KEWANGAN: SEJAUHMANA MAHASISWA PERLU TAHU?”

forum

SINTOK – 8 NOVEMBER 2022, Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), UUM COLGIS dengan Kerjasama AmBank Islamic Berhad telah mengadakan satu sesi forum yang bertajuk “Froum Celik Kewangan: Sejauhmana Mahasiswa Perlu Tahu?”. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun pertama dari Pusat Pengajian SoL, TISSA-UUM, SEFB dan IBS serta 3 orang panel jemputan telah terlibat dalam menjayakan forum ini.

Sebelum ke Dewan Seminar B, Pusat Konvensyen, pihak AmBank Islamic Berhad di bawa ke Anjung Tamu bagi memberi sedikit penerangan tentang sejarah Universiti Utara Malaysia. Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Yusramizza Md Isa @ Yusuff, Dekan Pusat Pengajian Undang-undang berkata beliau sangat mengalu-alukan kedatangan pihak AmBank Islamic Berhad ke UUM bagi berkongsi maklumat dan pengalaman tentang pengurusan kewangan.

Forum ini merupakan usaha Ambank Islamic Berhad yang telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), Universiti Utara Malaysia menerusi Program Forum Financial Literasi. Memandangkan kadar kebankrupan di kalangan golongan muda amatlah merisaukan banyak pihak. Oleh demikian, kesedaran literasi kewangan di kalangan para pelajar universiti perlu didedahkan lebih mendapal secara teori dan praktikal. Selain itu, forum ini juga bertujuan mendedahkan kepada pelajar isu-isu perundangan dan shariah dalam aspek financial literasi termasuklah isu-isu berkaitan kebankrupan, keldai akaun, pengubahan wang haram dan sebagainya.

Forum Celik Kewangan: Sejauhmana Mahasiswa Perlu Tahu?” ini telah menampilkan panel pertama iaitu Encik Rasharuddin Abdul Wahid yang merupakan Ketua, Jabatan Perbankan Runcit, AmBank Islamic Berhad. Panel kedua pula iaitu Encik Reizal Amiruddin, Ketua Jabatan Pengurusan Syariah, AmBank Islamic Berhad. Seterusnya, panel ketiga iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Zakhiri Md. Nor, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), UUM. Forum ini dikendalikan oleh moderator iaitu Encik Afiq Omar dari Jabatan Pengurusan Syariah, AmBank Islamic Berhad.

Seterusnya diakhir forum ini para perserta diuji melalui quizlet di penghujung forum. Peserta yang dapat menjawab dengan tepat akan diberikan hadiah yang di taja oleh pihak AmBank Islamic Berhad. Turuthadir dalam forum tersebut adalah wakil-wakil dari pihak AmBank Islamic Berhada, Prof. Madya Dr. Mohammad Azam Hussain, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dn Alumni) dan Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad, Timbalan Pengarah Pusat Inovasi Dan Pengkomersialan, UUM.