All News

MAJLIS SUAIKENAL PELAJAR BAHARU BAGI SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023 (A221)

page

SoL Online: Seramai 118 orang pelajar Sarjana Muda Undang-undang Dengan Kepujian [(LL.B) Hons] dan seramai 14 orang pelajar daripada program Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) telah melaporkan diri di Pusat Pengajian Undang-undang. Satu Majlis Suaikenal Pelajar Baharu bagi Semester Pertama Sesi 2022/2023 (A221) telah diadakan di DKG 5/4 pada 12 Oktober 2022.

Dekan Pusat Pengajian Undang-undang Prof. Madya Dr. Yusramizza Md Isa @ Yusuff dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar ke UUM. Beliau menyeru semua pelajar untuk tanamkan semangat dan keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh kerana mereka semua telah terpilih menyambung pengajian ke UUM dan tidak mensia-siakan peluang tersebut. Selepas itu Dekan memperkenalkan kepada para pelajar baharu tentang latar belakang Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) serta pencapaian yang telah dicapai oleh UUM.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman kerja yang disampaikan oleh dua (2) orang alumni SoL iaitu Cik Robiaaton Adawiyah Safri, Alumni LL.B yang berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara dan Cik Siti Nurkhalilah Liana Shieakh Malik, Alumni BPLB yang merupakan seorang tutor di UUM. Mereka telah berkongsi pengalaman sepanjang pengajian di UUM serta kerjaya selepas menamatkan pengajian.

Selesai sesi perkongsian bersama alumni, Pengerusi Bidang LL.B, Dr. Aida Abdul Razak dan Pengerusi Bidang BPLB, Dr. Nor Ashikin Md Nasir telah menyampaikan taklimat akademik berkenaan pengajian pelajar. Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran serta panduan kepada para pelajar sepanjang menjalani pengajian di UUM.

Sekian.