All News

CERAMAH MAULIDUL RASUL 2022/1444H

ceramah

SoL UUM ONLINE – Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), UUM COLGIS dengan kerjasama Pusat Alumni, UUM telah menganjurkan satu Ceramah bersempena Sambutan Maulidul Rasul bagi tahun 1444H secara dalam talian yang telah diadakan pada 17 Oktober 2022.

Ceramah yang bertajuk “Penghayatan Sirah Rasulullah S.A.W, Penyeri Kehidupan” ini telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan merupakan Alumni UUM Sarjana Pengurusan Awam, tahun 2011 iaitu Yang Berusaha Tuan Syeikh Ahmad Muzammil bin Yub, BCK, Pegawai Agama Daerah Padang Terap, Kedah.

Objektif mengadakan ceramah ini adalah merupakan hatijah daripada rasa cinta terhadap Rasulullah S.A.W yang perlu wujud dalam diri setiap insan. Selain itu, mengingati peristiwa hari kelahiran keputeraan junjungan mulia Rasul Al-Amin, Nabi Muhammad S.A.W serta menyusuri sebahagian sirah baginda Rasulullah S.A.W dalam membentuk peribadi umat Islam dalam kehidupan seharian.

Ceramah ini berjalan dengan kehadiran lebih 50 orang yang terdiri daripada kakitangan Universiti Utara Malaysia kususnya staf Pusat Pengajian Undang-undang.