All News

KEPAKARAN PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG DIPANDANG TINGGI

page22

SINTOK, ONLINE – Seramai 15 orang Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JKSNK) telah menyertai Kursus Hibah, Wasiat , Amanah dan Probate anjuran Unit Latihan Jabatan Khakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JKSNK) dengan kerjasama Pusat Pengajian Undang-undang, UUM COLGIS yang berlangsung pada 28 Mac 2022 bertempat di Dewan Seminar Aras 4, Banguan Mahkamah Syariah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu’adzam Shah Alor Setar, Kedah.
Tiga (3) pensyarah SOL, UUM dari Unit Penyelidikan Shariah dan Undang-undang Perniagan Islam (SHURA) telah dijemput untuk memberi ceramah dalam kursus tersebut. Antaranya Prof. Madya Dr. Alias Azhar, Prof. Madya Dr. Mohd Zakhiri Md Nor dan Dr. Nor Asyikin Md Nasir. 
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan amalan dan probate dalam kerangka perundingan di Malaysia serta wasiat orang ialam dalam kerangka perundangan di Malaysia. Selain itu juga turut dibincangkan berkenaan hibah di industri kewangan: isu syariah dan perundangan.
Kursus tersebut turut dihadiri Syeikh Amirudin Putra Zainol Abidin, BCK, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.