All News

WEBINAR TOPIK-TOPIK DI BAWAH KURSUS AMALAN PROFESIONAL PROGRAM LL.B (HONS)

gambar

SINTOK, ONLINE – Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) telah menjemput pensyarah sambilan bagi mengendalikan topik-topik di bawah Kursus GLUP4193 Conveyancing dan Amalam Kesetiausahaan Korporat, GLUP4203 Pliding, Penggulungan dan Kebankrapan dan GLUP4213 Penulisan Pendapat Undang-undang bagi Semester Kedua 2021/2022 yang telah diadakan bermula bulan April sehingga Jun 2022.

Program ini dijalankan secara webinar yang telah dipecahkan kepada tiga (3) topik kursus. Antara pensyarah sambilah yang juga pengamal undang-undang berpengalaman dalam bidang perundingan secara praktikal adalah Puan Zemilah Mohd Noor, Peguambela & Peguamcara, Tetuan Ezrilaw Firm; Puan Nazeera Hanifa Advocates & Solicitors, Messrs Sankaran & Nazeera; dan Alumni SOL Tuan Ku Amirul Faiz Ku Seman, Tetuan Amir Ruhana & Khairuddin.

Program ini diadakan bagi memenuhi syarat yang perlu diikuti oleh pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Undang-undang LL.B (Hons) yang perlu dikendalikan oleh pengamal undang-undang memandangkan kursus ini memerlukan kepada proses dokumen dan pengendalian secara praktikal yang boleh dipelajari oleh pengamal undang-undang.

Program webinar ini dihadiri oleh semua pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Undang-undang LL.B (Hons) serta pensyarah Pusat Pengajian Undnag-undang yang berkelapangan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.