All News

CERAMAH ANTIRASUAH SEMPENA PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA SIRI 2 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

gambar intervensi sosial siri 2

SINTOK, 14 SEPTEMBER 2022 – Biro PPDa (IPT) dan Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah, Unit Penyelidikan Shariah dan Undang-Undang Perniagaan Islam (SHURA), Pusat Pengajian Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia Siri 2 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022. Seramai hampir 90 orang pelajar yang terdiri daripada mahasiswa mahasiswi UUM, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara dan Sekolah Zakat Kedah telah berkumpul di Dewan Seminar Pusat Islam, UUM.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Yusramizza Md Isa @ Yusuff, Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang UUM, Ustaz Zar’Ie Zakaria, Pengarah Pusat Islam dan Dr Muhammad Hafiz Bin Badarulzaman, Ketua Unit Penyelidikan Shariah Dan Undang-Undang Perniagaan Islam (SHURA), Pusat Pengajian Undang-Undang UUM. Program ini telah dimulakan dengan Slot pertama iaitu sesi bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK). Ceramah telah disampaikan oleh Puan Norlida binti Zakaria, Hakim Syar’ie JKSNK yang membincangkan berkaitan tajuk “Belia dan Jenayah Syariah: Sisi Pandang JKSNK”.

Slot kedua diteruskan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh KPKPs Rohaya binti Osman, Ketua Unit PENMAS SPRM Negeri Kedah dengan tajuk “Integriti dan Rasuah dalam Kalangan Belia”. Beliau juga sempat menyentuh 5 kesalahan utama iaitu seksyen 16 dan 17 iaitu seksyen berkaitan pemberian dan penerimaan rasuah, seksyen 18 iaitu tuntutan palsu dan seksyen 23 iaitu salahguna jawatan dan kedudukan serta seksyen 25 Akta SPRM 2009 yang menerangkan berkenaan kewajipan melaporkan rasuah. Turut dikongsikan juga berkenaan kesan dan akibat perlakuan rasuah kepada belia dan negara kita jika ianya tidak dibendung dari awal.