All News

UUM DAN RHB BERSEDIA BANTU MASYARAKAT

rhb

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) dan RHB Bank Berhad bersedia membantu masyarakat dengan bidang kepakaran masing-masing.

Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kunjungan RHB bank ke universiti ini besar maknanya kerana dapat bekerjasama antara sektor pendidikan dan korporat.

Katanya kehadiran mereka sebagai rakan strategik dilihat bukan sahaja dapat bekerjasama dengan warga kampus malah dapat membantu masyarakat dan membangunkan negara juga.

“Pihak UUM akan menggunakan RM10,000 sumbangan RHB bank yang diterima hari ini bagi aktiviti pendidikan sempena kunjungan Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad Dato’ Adissadikin Ali bersama delegasi,” ujar beliau dalam pertemuan itu.

Di majlis itu Adissadikin menyampaikan sumbangan zakat RM10,000 kepada UUM selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan di bilik Mesyuarat Naib Canselor UUM semalam.

Katanya sumbangan itu adalah bagi aktiviti pendidikan di kampus ini.

Sementara itu, beliau yang ditemui berkata, kunjungan ini adalah untuk mengenali universiti ini dengan lebih dekat lagi kerana banyak peluang kolaborasi bukan sahaja kerana terlibat dengan Kad Prihatin Siswa.

“Dalam pertemuan dan perbincangan tadi kami melihat banyak peluang kerjasama antara UUM dan RHB bank boleh dimurnikan mengikut kepakaran masing-masing,” ujar Adissadikin lagi.