All News

PROGRAM SMART

SMART

SINTOK, 31.05.2022 - AADK Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) UUM dan Inasis Yayasan Al-Bukhary & Bank Muamalat (YMU) telah berjaya melaksanakan "Program SMART" bertempat di Bukit Bunga Raya, Sintok Kedah.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menggerakkan belia setempat supaya bertindak memerangi ancaman dadah di tempat masing-masing, melahirkan belia yang berkemahiran tinggi, berwawasan dan bebas daripada ancaman dadah serta menyampaikan informasi tentang kepentingan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Antara pengisian program yang telah dijalankan ialah aktiviti hiking di Bukit Bunga Raya. Turut diadakan ialah taklimat antidadah yang disampaikan oleh Puan Nurbaya Binti Md Zali, Ketua Unit Pencegahan AADK Kubang Pasu; aktiviti sembang santai serta bacaan ikrar antidadah oleh semua peserta semasa tiba di puncak bukit.

Program ini telah dirasmikan oleh Associate Prof. Dr. Yusramizza Binti Md Isa @ Yusuff, Dekan Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia.