All News

PROGRAM PENCEGAHAN BERSAMA BELIA DENGAN TEMA MAHASISWA UUM BEBAS DADAH

Gambar Program Pencegahan Dadah Insais MelTen

SINTOK, 29.03.2022 - AADK Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) UUM dan Inasis Mas dan TNB (MalTen) telah berjaya melaksanakan " Program Pencegahan Bersama Belia Dengan Tema Mahasiswa Uum Bebas Dadah " bertempat di Inasis Mas dan TNB (MalTen).

Objektif program ini diadakan adalah Meningkatkan komitmen belia/mahasiswa bagi mewujudkan Belia Bebas Dadah dan mengelakkan wujudnya masalah penyalahgunaan dadah dalam sesebuah institusi masyarakat. Mendapat kesedaran dan pengetahuan berkenaan kesan dadah terhadap kesihatan. Mendapat pengetahuan kemahiran serta panduan kepada belia/mahasiswa cara gaya menguruskan program pencegahan dadah.

Antara pengisian program yang telah dijalankan ialah taklimat antidadah yang disampaikan oleh Puan Nurbaya Binti Md Zali, Ketua Unit Pencegahan AADK Kubang Pasu; aktiviti berkumpulan (permainan) outdoor “HADIAH ON THE SPOT”; aktiviti kuiz dan permainan interaktif oleh pihak AADK; sesi soal jawab dan sesi bergambar dan pameran berkenaan info AADK.

Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Alias Azhar mewakili Dekan Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia.