All News

WALKABOUT BERSAMA IKON ANTIDADAH DAERAH KUBANG PASU

WALKABOUT

SINTOK, 10 JUN 2022 - AADK Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) UUM dan Inasis Yayasan Al-Bukhary & Bank Muamalat (YMU) telah berjaya melaksanakan "Walkabout Bersama Ikon Antidadah Daerah Kubang Pasu" bertempat di INASIS Bank Muamalat, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran semua pihak tentang masalah dadah supaya komuniti mendapat maklumat terkini berkaitan penyalahgunaan dadah, mewujudkan persekitaran yang 'supportive' dalam menangani masalah dadah serta menggalakkan masyarakat untuk lebih proaktif dalam membasmi dadah bersama-sama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan untuk merealisasikan misi "Dadah Terkawal 2025".

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah sesi sembang santai bersama ikon antidadah, permainan interaktif, pameran antidadah serta aktiviti edaran risalah disekitar kawasan INASIS Bank Muamalat.

Antara "Ikon Antidadah" yang telah hadir untuk menjayakan "Walkabout" ini ialah Encik Nurun Ehsan Bin Hasbullah, Timbalan Pengerusi JKPD Daerah Kubang Pasu; Puan Shakina Aris, Ikon Antidadah Daerah Kubang Pasu dan Encik Muhamad Riduan Bin Ismail, Penghulu Mukim Temin.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ilyas Bin Soffian, Pengetua Inapan Siswa Yayasan Al-Bukhary & Inasis Bank Muamalat.