All News

SoL JALIN KERJASAMA DENGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK

sol jalin kerjasama

UUM ONLINE: Sik – Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL) dan Pejabat Daerah dan Tanah Sik telah melaksanakan perbincangan bersama berkaitan isu perundangan tanah dan komuniti masyarakat Sik demi manfaat bersama.

Hasrat tersebut dicapai selepas lawatan yang diketuai Dekan SoL, Prof. Madya Dr. Yusramizza Md Isa @ Yusuff terhadap Mahamad Suhaimi Man, Pegawai Daerah Sik di pejabat beliau, baru-baru ini.

Yusramizza berkata, perbincangan yang diadakan untuk membantu Pejabat Daerah dan Tanah Sik serta masyarakat sekitar berkaitan isu perundangan yang berlaku seperti pencerobohan tanah yang merupakan perkara yang serius serta perlu diatasi.

“Program ini dilaksanakan selaras dengan hasrat Naib Canselor UUM iaitu setiap pusat pengajian membantu komuniti di daerah berdasarkan kepada kepakaran masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, Mahamad Suhaimi menyatakan, beliau amat berbesar hati menerima kehadiran Dekan dan delegasi dari SoL untuk membantu masyarakat Sik dalam usaha memahami isu perundangan berkaitan tanah.

Beliau berharap kerjasama ini dapat dipercepatkan supaya usaha menangani permasalahan berkaitan hartanah diselesaikan dengan segera.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Informasi (CIO), Mohd. Shazarulazwan Sarip, pegawai Daerah dan Tanah Sik, Penghulu Mukim Daerah dan Tanah Sik dan staf UUM.