All News

SIRI BENGKEL PENYELIDIKAN THINKER'S PROJECT PERKASAKAN PELAJAR BPLB

a
 
Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) telah mengadakan siri Bengkel Penyelidikan kepada para pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan dengan Kepujian (BPLB) yang akan menjalani latihan industri Thinker's Project pada sesi A212 yang akan datang. Seramai 29 pelajar BPLB Kohort 6 yang akan mengikuti latihan Thinker's Project bermula 7 Mac 2022 sehingga 7 Julai 2022.
 
Siri Bengkel pertama yang diadakan pada 7 Februari 2022 mendedahkan kepada para pelajar berhubung kaedah penyelidikan falsafah oleh YBrs. Profesor Dr. Munif Zarirruddin Fikri Nordin daripada Pusat Pengajian Bahasa, Ketamadunan dan Falsafah (SLCP), yang juga salah seorang profesor perunding bagi program BPLB. Slot selanjutnya menyentuh kaedah penyelidikan kuantitif dan kualitatif yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Nurakmal Ahmad Mustaffa daripada Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), yang juga salah seorang pensyarah program BPLB.
 
Selanjutnya, siri Bengkel kedua diteruskan pada 15 Februari 2022 iaitu menyentuh kaedah penulisan akademik, dan disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr. Suhaidi Hassan daripada Pusat Pengajian Komputer (SOC), yang juga salah seorang profesor perunding bagi program BPLB.
 
Rata-rata pelajar mengucapkan penghargaan kepada barisan penceramah yang telah berkongsi banyak ilmu dan strategi menjalankan penyelidikan Thinker's Project masing-masing. Pihak SOL mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan mengikuti latihan Thinker's Project pada sesi A212 kelak.
 
Sekian.