All News

PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG RAIKAN PELAJAR ANUGERAH DEKAN SEMESTER A202

anugerah dekan

SoL Online: Bagi meraikan pencapaian para pelajar cemerlang Pusat Pengajian Undang-undang, satu Majlis Anugerah Dekan Semester Kedua Sesi 2020/2021 (A202) telah diadakan pada 28 Disember 2021 secara maya.

Penerima-penerima anugerah dengan kelayakan PMS 3.6 terdiri daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Dengan Kepujian (LLB) seramai 413 orang. Manakala pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan Dengan Kepujian (BPLB) seramai 70 orang.

Penganugerah sijil dekan telah disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Undang-undang Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Harlida Abdul Wahab; Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Nor Anita Abdullah; Penyelaras-penyelaras Program serta para pensyarah.

Dekan dalam ucapannya menyeru agar semua pelajar membetulkan niat untuk menuntut ilmu kerana ianya akan membentuk peribadi pelajar. Pelajar juga dinasihati agar menghormati semua pensyarah dan belajar bersungguh-sungguh serta beramanah dan berintergiri dalam menuntut ilmu. Dekan juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dekan pada hari tersebut.

Diharap anugerah ini menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar di dalam menuntut ilmu demi mengharumkan nama Pusat Pengajian Undang-undang amnya dan Universiti Utara Malaysia khasnya.

Tamat.