All News

SOL BERPOTENSI JADI JENAMA UTAMA PENDIDIKAN PERUNDANGAN NEGARA

SOL BERPOTENSI JADI JENAMA UTAMA PENDIDIKAN PERUNDANGAN NEGARA

UUM ONLINE: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah mengadakan pertemuan bersama warga kerja Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL) menerusi Webex, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Prof. Dr. Haim Hilman mengucapkan tahniah kepada seluruh warga SoL kerana dalam tempoh masa singkat, SoL telah mula menjadi antara jenama pilihan dalam bidang perundangan di negara ini.

Meneruskan agenda perjumpaan, beliau menerangkan tentang Gagasan Akademia dan Admin Holistik (GAGAH) UUM 2021-2025 yang merupakan jentera yang akan memacu Pelan Strategik UUM khususnya untuk Teras 2 – Kecemerlangan Penyelidikan dan Teras 3 – Kelestarian Kerjasama Industri dan Komuniti.

Menurutnya, beliau berharap seluruh warga akademik SoL dapat terlibat sama dalam merealisasikan ‘Research, Publication, & Innovation Drive (RAPID) Initiative’ yang menjadi tulang belakang kepada KPI dan PI Teras 2.

"Secara khususnya inisiatif ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu penyelidikan (RAPID 1), penerbitan (RAPID 2), inovasi @ harta intelek (RAPID 3) dan perundingan (RAPID 4).

"Saya ingin mengajak warga akademik dan pentadbiran SoL untuk meningkatkan lagi jumlah kolaborasi bersama pihak industri dan komuniti," katanya.

Pada sesi perjumpaan itu juga, beliau turut menerangkan tentang ‘Sustainable Quintuple Helix (SQUAD) Initiative’ yang akan digunakan untuk memacu KPI dan PI Teras 3.

Menurutnya, inisiatif tersebut memberi fokus kepada kerjasama strategik dengan Industri (SQUAD 1) dan komuniti (SQUAD 2).

Pada masa sama, Prof. Dr. Haim Hilman mengingatkan seluruh warga SoL agar kekal patuh pada SOP memandangkan wabak Covid-19 masih belum menunjukkan pengurangan kes.

Sementara itu, Timbalan Dekan SoL, Prof. Madya Dr. Harlida Abdul Wahab, berkata, SoL akan berusaha bersungguh-sungguh dalam agenda memperkukuh jenama SoL di persada pendidikan berkaitan perundangan sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

"Kita akan memastikan SoL menjadi penyumbang utama kepada kejayaan mencapai setiap KPI dan PI dalam Teras 2 dan Teras 3 UUM," katanya.