All News

MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER A201 PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG

majlis anugerah dekan semester a201 sol

SoL Online: Pandemik COVID-19 bukan penghalang untuk Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (SoL, UUM) menganjurkan Majlis Anugerah Dekan Semester Pertama Sesi 2020/2021 secara dalam talian pada tanggal 27 Mei 2021.

Pusat Pengajian Undang-undang meraikan dan mengucapkan tahniah kepada 490 orang penerima sijil Anugerah Dekan Pusat Pengajian Undang-undang semester A201 yang terdiri daripada 408 pelajar program LL.B dan 82 orang pelajar program BPLB.

Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman, Dekan Pusat Pengajian Undang-undang, dalam ucapan beliau, telah berkongsi ilmu berkaitan buku “Talent is Never Enough” oleh John C. Maxwell. Adakah bakat (talent) menjadi ramuan ke atas kejayaan seseorang? Menurut Maxwell, talent bukanlah segala-galanya untuk mencapai kejayaan tetapi talent plus adalah lebih penting untuk lebih berjaya sekiranya seseorang boleh memaksimakan potensi diri melalui 13 kriteria iaitu belief, passion, initiative, focus, preparation, practice, perseverance, courage, teachability, character, relationships, responsibility dan teamwork.

Sehubungan itu, Dekan berpesan agar para pelajar berfikir secara mendalam dan mengambil iktibar daripada 13 kriteria talent plus yang dikupas oleh Maxwell untuk pembangunan diri sendiri. Para pelajar juga perlu berazam untuk menjadi individu yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam, dan terus beriltizam untuk menjadi yang lebih baik pada hari esok berbanding hari ini.

Akhir sekali, Dekan mengucapkan syabas serta tahniah kepada semua penerima sijil Anugerah Dekan dan berharap ia akan terus membakar semangat pelajar untuk mencapai prestasi akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Tamat.