All News

PENTINGNYA MENGETAHUI UNDANG-UNDANG KONTRAK SEMASA PANDEMIK COVID-19

Pentingnya mengetahui undang undang kontrak semasa pandemik covid 19

SoL Online : Pusat Bantuan Guaman UUM (PBG UUM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Undang-undang, UUM (Law Society, UUM) telah mengambil inisiatif mengadakan Webinar Undang-undang dengan tajuk Undang-undang Kontrak semasa Pandemik Covid – 19: Isu dan Cabaran pada 1 Jun 2021.

Sesi perkongsian ilmu ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan dan pelajar UUM berkenaan dengan isu undang-undang kontrak yang dimeterai semasa pandemik Covid-19 dan juga memberi pendedahan berkenaan dengan proses tuntutan dan pelaksanaan kes-kes di Mahkamah. Penceramah jemputan, Encik Mohammad Suhail Rahimi Abdul Razak merupakan alumni Program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Pusat Pengajian Undang-undang. Beliau merupakan seorang Pengamal Undang-undang (Tetuan Zarkasya & Co) yang bertugas di Shah Alam, Selangor.

Pengarah PBG UUM, Prof. Madya Dr. Che Thalbi Md Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Suhail Rahimi atas kerjasama yang baik menjayakan webinar ini. Beliau mengharapkan jalinan kerjasama antara PBG UUM dengan Pengamal Undang-undang khasnya alumni dapat diteruskan pada masa depan dengan penganjuran program-program seperti ini.

Tamat.