All News

SOL ONLINE: SOL TERIMA LAWATAN AUDIT PEMATUHAN PROGRAM PASCASISWAZAH

berita

SoL Online: Pusat Pengajian Undang-undang telah menerima lawatan Audit Pematuhan Program Pascasiswazah pada 31 Januari dan 1 Februari 2021. Lawatan audit selama dua (2) hari telah berjalan dengan lancar secara dalam talian.


Pembukaan lawatan audit telah dipengerusikan oleh Pengarah Unit Swaakreditasi Universiti, Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff Jedin dan ahli panel penilai dari universiti luar terlibat dalam menilai program akademik UUM pada kali ini ialah Prof. Dr. Farid Sufian Shuaib (UIA), Prof. Datin Dr. Faridah Jalil (UKM), Prof. Madya Dr. Ruzian Markom (UKM).


SoL diwakili oleh Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Harlida Abdul Wahab dan semua penjawat hadir secara dalam talian bagi meraikan majlis pembukaan audit dan memperkenalkan SoL kepada para ahli panel penilai.


Terima kasih juga kepada semua pensyarah, pelajar, staf pentadbiran SoL, staf GSGSG dan staf PSB yang terlibat atas kerjasama dan bantuan bagi melancarkan proses pengauditan pada hari tersebut.


Sekian.