All News

SOL ONLINE: MAJLIS SERAH TUGAS PENJAWAT PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG 2021

Majlis Serah Tugas Penjawat Pusat Pengajian Undang undang 2021

SoL Online: Majlis Serah Tugas Penjawat Pusat Pengajian Undang-undang 2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, SoL pada 7 Januari 2021.

Penjawat Utama SoL 2021 terdiri daripada Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman (Dekan), Prof. Madya Dr. Harlida Abdul Wahab (Timbalan Dekan), Prof. Madya Dr. Nor Anita Abdullah (Ketua Jabatan), Dr. Nazli Mahdzir (Penyelaras Pascasiswazah), Dr. Anis Shuhaiza Md Salleh (Penyelaras LLB) dan Dr. Ani Munirah Mohamad (Penyelaras BPLB).

Prof. Madya Dr. Aspalela A Rahman telah dilantik menjadi Pengarah SCoE, Legal & Justice Research Centre (LJRC) Pusat Pengajian Undang-undang menggantikan Prof. Madya Dr. Nurli Yaacob. Manakala, Prof. Madya Dr. Che Thalbi Md Ismail kekal sebagai Pengarah Pusat Bantuan Guaman (PBG).

Dekan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penjawat baharu kerana sudi menerima perlantikan serta menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan. Beliau berpesan agar sentiasa berfikiran terbuka, menjadi pendengar yang baik dan sentiasa bersangka baik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Dekan juga merakamkam penghargaan ribuan terima kasih kepada mantan-mantan penjawat yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang pada tahun 2020 dan berharap barisan penjawat 2021 dapat menjalinkan kerjasama yang baik bagi mencapai matlamat pusat pengajian.

Tamat.