All News

SOL ONLINE: MAJLIS ANUGERAH DEKAN A192 MEDIUM NASIHAT PELAJAR CEBURI KERJA SUKARELA SEBAGAI SALAH SATU KECEMERLANGAN DIRI SELAIN AKADEMIK

Majlis Anugerah Dekan A192 Medium Nasihat Pelajar Ceburi Kerja Sukarela Sebagai Salah Satu Kecemerlangan Diri Selain Akademik

SoL Online: Bagi meraikan pencapaian para pelajar cemerlang Pusat Pengajian Undang-undang, satu Majlis Anugerah Dekan Semester Kedua Sesi 2019/2020 (A192) telah diadakan secara dalam talian pada 5 Januari 2021.

Meskipun sambutan majlis ini dijalankan secara dalam talian, namun begitu kemeriahan sambutan dapat dirasakan kerana para pelajar sangat gembira dan berbesar hati di atas sambutan yang diadakan oleh pusat pengajian bagi meraikan pencapaian mereka.

Seramai 367 pelajar program Sarjana Muda Undang-undang Dengan Kepujian (LLB) dan 80 orang pelajar program Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan Dengan Kepujian (BPLB) telah menerima Anugerah Dekan dengan purata markah semasa (PMS) 3.6 ke atas. Penyampaian sijil Anugerah Dekan telah disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Undang-undang Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman.

Dalam ucapan Dekan berkata “tugas pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh secara serius dan tekun kerana di akhir nanti anda semua akan menuai ilmu yang dipelajari.” Selain itu beliau juga berpesan supaya menjadikan kerja sukarela atau volunteerism sebagai salah satu kecemerlangan diri untuk menjadi pemimpin masa depan. Beliau juga menasihati para pelajar supaya membuat kerja sukarela yang selari dengan minat masing-masing.

Di harap anugerah ini menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar di dalam menuntut ilmu demi mengharumkan nama Pusat Pengajian Undang-undang dan Universiti Utara Malaysia.

Tamat.