All News

SOL ONLINE: PELAJAR PERLU KUASAI ILMU PENAFSIRAN PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

berita pelajar perlu kuasai ilmu perlembagaan

SoL Online: Hikmah Pandemik Covid-19 ini dapat menyatukan dua insan berkaliber dalam bidang undang-undang bertemu menerusi Lex Dialogue with Adjunct Professors yang diadakan secara dalam talian anjuran Pusat Pengajian Undng-undang pada 20 Disember 2020.


Kedua-dua Profesor Adjung SoL, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum dan YBhg. Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof masing-masing mengupas tajuk Constitutional Interpretation: Possibilities and Challenges yang sangat relevan pada masa ini.


Dalam syarahan YBhg. Tan Sri Richard Malanjum memberi pencerahan tentang struktur Perlembagaan Persekutuan secara umum. Penekanan diberikan kepada ciri-ciri asasi undang-undang tertinggi itu yang mesti sentiasa dipertahankan. Beliau juga mengulas berkenaan beberapa pendekataan yang wajar diambil dalam pentafsiran Perlembagaan Persekutuan agar nilai-nilai terpelihara dan membuahkan keadilan. Selain itu, beberapa cabaran dan batasan dalam pentafsiran Perlembagaan masa kini dan yang bakal mendatang turut diperjelaskan oleh YBhg. Tan Sri Richard dalam syarahan beliau.


YBhg. Tan Sri Mohamad Ariff pula memulakan syarahannya dengan menerangkan tentang trend dan perkembangan pentafsiran perlembagaan di Malaysia. Beberapa kaedah dan pendekatan diutarakan dengan jelas oleh tetamu kehormat itu, yang juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Undang-undang di Universiti Malaya suatu ketika dulu. Beliau turut menekankan akan peri-pentingnya pemahaman terhadap konteks dan niat tersirat, di samping prinsip-prinsip umum pentafsiran perlembagaan.


Sesi soal jawab bersama tetamu kehormat turut mendapat sambutan hangat para pelajar dan staf. Peluang berharga direbut bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang pendekatan dalam pentafsiran dan juga isu-isu kontemperori berkaitan Perlembagaan.


Dekan, Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman dalam ucapan aluan beliau mengalu-alukan kedatangan kedua-dua Profesor Adjung ke SoL. Dekan juga mengharapkan ilmu yang dikongsi oleh tetamu kehormat membolehkan para pelajar belajar tentang peri penting menuntut ilmu yang menjadi asas kebenaran hidup “Seek the truth, tell the truth and live in truth”.


Sekian, terima kasih.