All News

SEMARAK KEMERDEKAAN 2020 BERSAMA KELUARGA SOL

SEMARAK KEMERDEKAAN 2020 BERSAMA KELUARGA SOL

SoL Online: Demi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekan yang ke-63 tahun pada tahun ini, Pusat Pengajian Undang-undang dengan kerjasama Kelab Kebajikan SoL telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekan dan Hari Keluarga SoL 2020 pada 26 Ogos 2020.

Sambutan yang julung kalinya diadakan di Pusat Budaya dan Seni (PBS), UUM memberikan satu pengalaman yang baharu kepada semua staf. Acara dimulakan dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh Encik Syed Hafizal Syed Hassan yang merupakan Artis Budaya, PBS. Kemudian acara diteruskan lagi dengan lawatan 5S dan Galeri PBS, ceramah kemerdekaan yang disampaikan oleh Dr. Mukhriz Mat Rus dan diakhiri dengan Pertandingan Sayembara Puisi Kemerdekaan.

Acara kemuncak iaitu Pertandingan Sayembara Puisi mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada staf akademik dan pentadbiran. Seramai sembilan (9) orang peserta telah menunjukkan bakat terpendam masing-masing membuatkan hadirin teruja mendengar lantunan suara para peserta yang penuh bersemangat mendeklamasi sajak bertemakan Kemerdekaan.

Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh Dekan Prof Madya Dr. Rohana Abdul Rahman. Pemenang pertama dimenangi oleh Dr. Asmar Abdul Rahim diikuti dengan tempat kedua dimenangi oleh Dr. Mukhriz Mat Rus dan tempat ketiga dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Azam Hussain dan Prof. Madya Dr. Alias Azhar.

Semoga staf SoL dapat menghayati erti dan menyemarakkan kemerdekaan serta merapatkan ukhwah di antara staf di Pusat Pengajian Undang-undang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini,

Sekian, terima kasih.