All News

SOL ONLINE: PROF. DR. RUSNIAH AHMAD: PERMATA HILANG SUKAR DIGANTI

prof rusniah

SoL Online: Yang patah tumbuh, yang hilang berganti namun tidak sama dengan permata yang telah hilang daripada Pusat Pengajian Undang-undang iaitu Prof. Dr. Rusniah Ahmad yang telah bersara wajib mulai 22 Mei 2020. Majlis persaraan beliau telah diraikan pada 20 Julai 2020.

Beliau memulakan kerjayanya di UUM sebagai seorang tutor pada tahun 1989 dan mula berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 1991. Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Prof Madya pada tahun 2009 dan jawatan Profesor pada tahun 2019. Pada Tahun 2020 ini, genaplah 29 tahun kerjaya beliau sebagai pensyarah di UUM.

Sepanjang perkhidmatan di UUM beliau telah memegang beberapa jawatan penting iaitu Dekan di FPAU pada tahun 2006-2007, Dekan di GSGSG pada tahun 2008-2010 dan akhir sekali sebagai Dekan di SoL bermula 2010-2014.

Dekan, Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman dan seluruh warga Pusat Pengajian Undang-undang merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di SoL khasnya dan UUM amnya.

Tamat.