All News

SOL ONLINE : PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA (MATCHING GRANT) SECARA ATAS TALIAN

pembentangan penyelidikan antarabangsa

SOL ONLINE: Berikutan pandemik Covid-19, satu pembentangan cadangan penyelidikan kolaborasi antarabangsa (Matching Grant) secara atas talian telah berlangsung pada 3 Jun 2020 antara dua rakan MoU iaitu Fakultas Hukum, Universitas Islam Riau (UIR), Indonesia dan Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), Universiti Utara Malaysia (UUM). Pembentangan cadangan penyelidikan ini disampaikan oleh Dr. Yusramizza Md Isa, Pensyarah Kanan SoL dengan tajuk “Legal Approaches to Curtail Human Trafficking in Indonesia and Malaysia”. Sesi pembentangan ini turut diikuti oleh pensyarah dan penyelidik dari kedua-dua fakulti.

Ahli penyelidik UIR terdiri daripada lapan (8) orang penyelidik yang diketuai oleh Ibu Heni Susanti, SH.,MH. Manakala, Dr. Yusramizza Md Isa mengetuai kumpulan penyelidik dari UUM yang terdiri daripada lima (5) orang penyelidik. Antara sasaran hasil penyelidikan ini adalah menerbitkan satu buku undang-undang berkaitan “ A Legal Study of Curtailing Human Trafficking in Malaysia and Indonesia”. Selain itu, hasil penyelidikan tersebut akan diterbitkan dalam jurnal antarabangsa berindeks Scopus yang pastinya dapat memberi impak yang besar kepada kedua-dua pihak rakan MoU.

Sebelum selesai, Prof. Madya Dr. Harlida Abdul Wahab, Pengerusi sesi mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan untuk penambahbaikan kertas penyelidikan tersebut dan semoga pembentangan ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan.