All News

PROGRAM JUDICIAL CLERKSHIP BERI PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR BEKERJASAMA DENGAN HAKIM-HAKIM DI MAHKAMAH

program judicial clerkship

SoL Online: Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) telah menerima kunjungan hormat daripada tiga orang pegawai dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang diketuai oleh Puan Kanageswari Nalliah, Pengarah Trending & Judicial Capacity Development Division. Dr. Rohana Abdul Rahman, Dekan SoL dan semua penjawat berasa gembira menyambut kedatangan pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang sudi meluangkan masa hadir ke SoL pada kali ini.

Tujuan kedatangan mereka ke SoL adalah untuk menjemput graduan UUM yang mempunyai CGPA 3.5 ke atas untuk mengikuti program Juridicial Clerkship. Program ini diperkenalkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bagi memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang jurusan Undang-undang untuk mendapat pengalaman secara langsung daripada hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan bagi tempoh enam bulan. Selain itu, beliau juga mempelawa para pelajar program Sarjana Undang-undang untuk menjalani praktikal di Mahkamah di seluruh Malaysia.

Dekan SoL mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian wakil daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia hadir ke SoL. SoL amat berbesar hati untuk menerima tawaran tersebut dan berharap usaha ini dapat memberi peluang kepada graduan UUM untuk mengembangkan kerjaya mereka ke peringkat yang tertinggi sekaligus meletakkan Pusat Pengajian Undang-undang, UUM setanding dengan program Undang-undang dari Universiti-Universiti lain di Malaysia.

Tamat.