All News

KUNJUNGAN DELEGASI DARIPADA UNIVERSITAS SEBELAS MARET, INDONESIA

kunjungan delegasi universitas sebelas maret

SoL Online: Pusat Pengajian Undang-undang telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Sebelas Maret, Indonesia pada 13 November 2019. Kunjungan ini disertai oleh 3 orang pensyarah dan 5 orang pelajar daripada Universiti tersebut. Delegasi tersebut diketuai oleh Dekan Fakultas Dr. Pujiyono, S.H,M.H. Kunjungan ini merupakan lawatan kali pertama mereka ke Pusat Pengajian Undang-undang.
Kehadiran Universitas Sebelas Maret ke Pusat Pengajian Undang-undang bukan sahaja sekadar lawatan kerja tetapi bertujuan untuk menyambung jalinan rakan kerjasama MoU bersama UUM.


Satu sesi perbincangan telah dibuat bagi merancang aktiviti kerjasama antara dua pihak. Antara kerjasama yang dipersetujui adalah program mobiliti pelajar, pensyarah pelawat, penulisan buku dan juga penerbitan artikel bersama pensyarah Universitas Sebelas Maret dan Pusat Pengajian Undang-undang, UUM.


Sepanjang lawatan ini, para pelajar dari Universti Sebelas Maret telah menyertai kelas Undang-Undang Keadilan & Amanah I yang disampaikan oleh Puan Mazita Mohamed. Selain itu delegasi turut dibawa melawat di sekitar UUM seperti U-Assist dan Muzium Pengurusan UUM.


Sesi percambahan idea telah diadakan di antara kumpulan debat dan mut Pusat Pengajian Undang-undang dan pelajar dari Universitas Sebelas Maret. Para pelajar telah berkongsi idea dan pengalaman menyertai pertandingan mut dan debat sebelum ini.
Pihak Pengurusan Pusat Pengajian Undang-undang berharap perancangan aktiviti –aktiviti tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya.
Tamat.