All News

SESI PERJUMPAAN DEKAN BERSAMA PELAJAR SOL TANDA PEDULI PELAJAR

SESI PERJUMPAAN DEKAN BERSAMA PELAJAR SOL TANDA PEDULI PELAJAR 1

SoL online: Pada semester A192 ini, Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) mengadakan sesi Perjumpaan Dekan bersama Pelajar Pusat Pengajian Undang-undang buat kali ke 3 pada 3 Mac 2020 di DKG 5/1.

Lazimnya, tujuan perjumpaan adalah untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan hal-hal akademik, pencapaian dan penghargaan yang dicapai oleh SOL dan program-program berimpak tinggi yang dirancang sepanjang tahun 2020.

Selain itu, Prof. Madya Dr. Rohana Abdul Rahman, Dekan SoL juga menasihati dan menegur para pelajar tentang etika dan disiplin diri amat penting dipraktikkan sepanjang tempoh pengajian untuk menjadi bekalan selepas tamat pengajian kelak.

Sesi perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh semua penjawat Pusat Pengajian Undang-undang selain daripada para pelajar program Undang-undang dan program Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan.

Sesi perjumpaan ini sebagai tanda Pusat Pengajian Undang-undang mengambil berat dan peduli hal ehwal akademik dan kebajikan semua pelajar SoL.

Sekian.