All News

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN TUN ABDUL HAMID BERI SINAR HARAPAN KEPADA PELAJAR PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG

SOL ONLINE KUNJUGAN HORMAT YAYASAN TUN ABDUL HAMID BERI SINAR HARAPAN KEPADA PELAJAR PUSAT PENGAJIAN UNDANG UNDANG

SoL Online: Pusat Pengajian Undang-undang amat berbesar hati menerima kunjungan hormat Encik Iskander Azizuddin, wakil dari Yayasan Tun Abdul Hamid pada 22 Oktober 2019 bersempena Majlis Konvokesyen UUM kali ke 32. Pada tahun ini merupakan julung kali pihak Yayasan Tun Abdul Hamid hadir ke Majlis Konvokesyen UUM. Yayasan Tun Abdul Hamid mula memberi sumbangan Pingat Emas Yayasan Tun Abdul Hamid dan wang tunai kepada pelajar program Sarjana Muda Undang-undang pada 6 tahun yang lalu.

Pihak pusat pengajian juga amat berterima kasih kepada pihak Yayasan Tun Abdul Hamid kerana turut memberi sumbangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan pada setiap tahun. Sumbangan yang telah diberikan oleh pihak yayasan amatlah besar kepada pelajar di Pusat Pengajian Undang-undang.

Sepanjang kunjungan hormat berlangsung, beliau telah dibawa melawat Mahkamah Mut dan Bilik Firma Guaman. Beliau juga telah diberi penerangan berkaitan kegunaan dan keperluan Mahkamah Mut dan Bilik Firma Guaman untuk para pelajar.

Pusat Pengajian Undang-undang berharap kerjasama dan hubungan yang baik dengan Yayasan Tun Abdul Hamid selama ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Secara tidak langsung, sumbangan dari pihak yayasan sedikit sebanyak dapat memberi sinar harapan kepada para pelajar untuk menjalani kehidupan di kampus dengan lebih selesa.

Sekian.