All News

PERJUMPAAN DEKAN SOL BERSAMA PELAJAR PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG SEMESTER A191

PERJUMPAAN DEKAN SOL BERSAMA PELAJAR PUSAT PENGAJIAN UNDANG UNDANG SEMESTER A191

SoL online: Pusat Pengajian Undang-undang telah mengadakan sesi Perjumpaan Dekan bersama Pelajar Pusat Pengajian Undang-undang buat pertama kalinya pada semester A182. Pada semester A191 ini, Dekan SoL Dr. Rohana Abdul Rahman telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pelajar program Undang-undang (LLB) dan pelajar program Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan (BPLB) mengikut tahun pengajian pada 15 September 2019 dan 26 September 2019.

Tujuan perjumpaan adalah untuk menyampaikan maklumat terkini, nasihat dan teguran kepada para pelajar pada setiap awal semester pengajian.

Perjumpaan tersebut adalah untuk menyuntik semangat para pelajar untuk terus belajar serta memberi kesedaran berkaitan displin dan etika sebagai pelajar, kecurangan akademik, latihan industri dan nilai-nilai integriti. Dekan dalam ucapan beliau menekankan nilai-nilai integriti perlu diterapkan dalam kehidupan seharian bermula sebagai pelajar sebelum beralih ke alam pekerjaan kelak.

Dekan berharap segala teguran dan nasihat bukanlah sebagai pematah semangat sebaliknya sebagai pendorong untuk para pelajar menjadi lebih matang dan bekerjasama antara satu sama lain.

Sekian.