All News

DEKAN SOL MENGHADAP RAJA PUAN MUDA KEDAH SEMBAH MAKLUM PERKEMBANGAN PUSAT PENGAJIAN

Dekan SOL Menghadap Raja Puan Muda Kedah Sembah Maklum Perkembangan Pusat Pengajian

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Dekan Pusat Pengajian Undang-undang, Dr. Rohana Abdul Rahman telah menghadap Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah di Istana Kedah, semalam.

Majlis menghadap itu bertujuan untuk menyembah maklum tentang Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) yang merupakan salah satu daripada empat buah pusat pengajian di bawah UUM College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS).

Selain itu, Dr. Rohana juga menyembah maklum perkembangan akademik yang mana SOL menawarkan dua program ijazah Sarjana Muda dan lima program pasca siswazah termasuk peringkat kedoktoran serta jumlah keseluruhan graduan undang-undang yang telah dihasilkan UUM di bawah pusat pengajian tersebut iaitu seramai 1,094 orang.

Pusat Pengajian Undang-undang juga menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Bantuan Guaman, Legal and Justice Research Centre, Islamic Law Research Unit dan International Law Research Unit.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku juga telah berkenan untuk bercemar duli menyampaikan Syarahan Undang-undang Diraja Universiti Utara Malaysia (UUM) yang pertama dan julung kali diadakan di Negeri Kedah yang dijadualkan pada 29 September ini di UUM.

Syarahan Undang-undang Diraja UUM ini merupakan program wacana ilmiah berkaitan undang-undang, polisi dan masyarakat (law, policy and society) yang julung kali dianjurkan SOL dan ia adalah sumbangan dan tanggungjawab universiti sebagai universiti awam di utara tanah air bagi memastikan ilmu perundangan dapat disebarluaskan kepada rakyat negeri Kedah.