All News

PEMENANG PERTANDINGAN 5S SOL 2019

PEMENANG PERTANDINGAN 5S SOL 2019

SoL Online: Pusat Pengajian Undang-undang telah mengadakan Pertandingan 5S peringkat pusat pengajian pada 20 Ogos 2019 yang lalu. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan 5S Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) telah disempurnakan oleh Dr. Rohana Abdul Rahman, Dekan SoL di Pejabat SoL baru-baru ini. Kategori pertandingan yang diadakan adalah kategori ruang tempat kerja (staf akademik) dan ruang zon (staf pentadbiran).

Bagi kategori ruang tempat kerja (staf akademik) dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed. Manakala kategori ruang zon (staf pentadbiran) dimenangi oleh Puan Wan Norashikin Wan Kamil Osman. Para pemenang pertandingan 5S menerima sijil penghargaan daripada Dekan SoL.

Semoga pertandingan 5S ini mendapat sambutan yang mengalakkan pada masa hadapan dan semua staf sentiasa mengekalkan budaya 5S di tempat kerja masing-masing.

Sekian.