All News

APLIKASI MENDELEY MEMBANTU DALAM PENYELIDIKAN

aplikasi mendeley membantu dalam penyelidikan

SoL Online: Jawatankuasa Pembangunan dan Latihan Staf Pusat Pengajian Undang-undang telah menganjurkan “Bengkel Penyelidikan SoL Siri IV/2019: Aplikasi Mendeley Dalam Penyelidikan” pada 26 Ogos 2019 bertempat di Bilik Seminar, UUM COLGIS. Bengkel ini dihadiri oleh 28 orang staf akademik dan beberapa pelajar-pelajar Pasca Siswazah Pusat Pengajian Undang-undang

Mendeley merupakan satu aplikasi program desktop dan web yang dihasilkan oleh Elsevier bagi menguruskan rujukan percuma dan juga rangkaian sosial akademik. Ia dapat membantu penyelidik mengatur penyelidikan mereka dan bekerjasama dengan orang lain dalam talian di samping memudahkan penyelidik membuat carian literatur terkini secara sistematik dan pantas.

Fasilitator jemputan yang mengendalikan bengkel separuh hari tersebut ialah Dr Izwan Nizal Mohd Shahranee yang merupakan Timbalan Pengarah (Teknikal) UTLC, UUM. Sepanjang sesi tersebut beliau telah memberi tunjuk ajar kepada para pensyarah dan pelajar tentang cara-cara penggunaan aplikasi mendeley tersebut.

Menurut Ketua Jawatankuasa Pembangunan dan Latihan Staf, Prof. Dr Asmah Laili Yeon, “bengkel ini telah mencapai objektif yang disasarkan kepada semua pensyarah serta menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan penyelidikan dalam penulisan akan datang”.

Diharap bengkel ini dapat memberi manfaat kepada staf akademik SoL dan juga para pelajar Ph.D.

Sekian.