All News

DEMONSTRASI LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN BERI KESEDARAN WARGA COLGIS

SOL ONLINE DEMONSTRASI LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN BERI KESEDARAN WARGA COLGIS

SOL ONLINE: Program Demonstrasi Latihan Kecemasan dan Kebakaran yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) dengan kerjasama pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Unit OKK Jabatan Keselamatan UUM, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Ogos 2019 yang bertempat di bangunan COLGIS.

Objektif program ini adalah untuk untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua staf yang berada di bangunan UUM COLGIS berkaitan prosedur pengosongan bangunan semasa kebakaran. Disamping itu program ini juga memberi pendedahan mengenai cara yang betul untuk memadamkan api yang ditunjukkan oleh Ketua Bomba dan Penyelamat Kanan, Tuan Jamal Din.

“Program ini amat baik dijalankan kerana kita semua dapat mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi kebakaran di rumah dan melihat sendiri cara pemadaman api yang berkesan seperti ditunjukkan oleh pasukan bomba” ujar Prof. Dr. Rusniah Ahmad salah seorang peserta dalam program tersebut.

Selain demontrasi latihan kebakaran dan taklimat oleh pasukan Bomba, program ini juga dimanfaatkan dengan penyampaian taklimat oleh Penolong Pegawai Perubatan, Puan Shall Krisytle Anak Ahdol dari Pusat Kesihatan Universiti berkaitan cara memberi bantuan kecemasan (CPR) kepada mangsa yang tidak sedarkan diri.

Pengarah Program, Encik Al-Hanisham Mohd Khalid selaku Pengerusi OSHA di SOL meluahkan rasa gembira kerana objektif program ini telah tercapai atas komitmen semua staf di bangunan COLGIS dimana program dapat dijalankan dengan baik sekali.

Sekian.