All News

LAWATAN AUDIT KUALITI DALAMAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN 2019

SOL ONLINE LAWATAN AUDIT KUALITI DALAMAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN 2019

SoL Online: Audit Kualiti Dalaman Akademik dan Pentadbiran 2019 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada 18 Ogos 2019. Dekan Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), Dr. Rohana Abdul Rahman menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT kerana pada tahun ini SoL tidak mendapat status non-conformity report (NCR) seperti tahun lepas. Ini menunjukkan warga kerja SoL telah memberikan komitmen yang baik semasa proses persediaan audit berlangsung.

Pada kali ini, Audit Dalaman Akademik dan Pentadbiran 2019 yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Che Azlan Taib dan ahli kumpulan telah mengajukan banyak persoalan dan pihak pengurusan SoL telah menjawab dengan tenang dan bijaksana. “Semua penambahbaikan telah dilakukan dan saya tidak boleh berikan NCR kepada SoL” ujar ketua juruaudit Prof. Madya Dr. Che Azlan.

Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Zuryati Mohamed Yusoff juga mengharapkan agar semua staf akademik dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan risiko dalam proses penyediaan dokumen ISO pada masa hadapan.

Semasa sesi penutupan audit, Dekan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan proses Audit Kualiti Dalaman Akademik dan Pentadbiran baru-baru ini.

Sekian.