All News

LAWATAN PENANDA ARAS MAKMAL MODAL INSAN SOL

LAWATAN PENANDA ARAS MAKMAL MODAL INSAN SOL

SoL Online: Jawatankuasa Pembangunan dan Latihan Staf, Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) telah mengadakan lawatan ke Makmal Modal Insan di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) pada 27 Julai 2019. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman membantu pensyarah dan tutor SoL untuk menyiapkan tesis Ph.D dan menamatkan pengajian mereka.

Semasa lawatan, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Dr. Hannisah A. Razak, Ketua Jawatankuasa Modal Insan SBM. Beliau memberi penerangan bagaimana makmal ini beroperasi dan apakah strategi-strategi yang telah digunakan untuk membantu para pensyarah SBM sepanjang proses menyiapkan Ph.D mereka. SBM mensasarkan seramai 10 orang pensyarah akan menyiapkan Ph.D masing-masing pada tahun ini.

Selesai taklimat, rombongan daripada SoL telah dibawa untuk melawat ke Makmal Modal Insan SBM. Fasiliti yang disediakan amat kondusif disamping nasihat dan tunjuk ajar daripada fasilitator turut sama membantu memberi motivasi kepada mereka.

Diharap lawatan tersebut menjadi penanda aras untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Latihan Staf SoL membantu staf akademik untuk menamatkan pengajian masing-masing.

Tamat.