All News

LAWATAN KERJA DARI UNIVERSITAS PAKUAN, BOGOR, INDONESIA KE PUSAT PENGAJIAN UNDANG-UNDANG

LAWATAN KERJA DARI UNIVERSITAS PAKUANBOGOR

SoL Online: 24 Julai 2019, Pusat Pengajian Undang-undang telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Pakuan, Bogor, Indonesia. Lawatan tersebut diketuai oleh Dekan Fakultas Hukum Encik Raden Muhammad Mihradi SH., MH yang disertai oleh 17 orang pensyarah mereka. Kunjungan ini merupakan lawatan kali pertama mereka ke Universiti Utara Malaysia.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh Dekan, Dr. Rohana Abdul Rahman, Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Zuryati Mohamed Yusoff , Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Mohammad Azam Hussain dan Penyelaras Program Pasca Siswazah, Dr. Ahmad Shamsul Abd Aziz serta staf akademik dan pentadbiran Pusat Pengajian Undang-undang.

Seterusnya, satu sesi perbincangan telah diadakan bagi merancang aktiviti kerjasama antara kedua pihak. Antara kerjasama yang dipersetujui adalah penulisan buku, matching grant dan juga penerbitan artikel bersama pensyarah Universitas Pakuan dan Pusat Pengajian Undang-undang, UUM serta aktiviti lain yang akan dirancang dari semasa ke semasa.

Kehadiran mereka ke Pusat Pengajian Undang-undang bukan sahaja sekadar lawatan kerja tetapi dimeriahkan dengan berlangsungnya Forum Perundangan Antarabangsa dimana panel jemputan dari Universitas Pakuan ialah Encik Raden Muhammad Mihradi SH., MH dan Dr. Chairiyah Husnadi Natamihardja manakala panel dari Pusat Pengajian Undang-undang adalah Dr. Aspalella A. Rahman dan Encik Muhkriz Mat Rus. Forum ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Azam Hussain sebagai moderator. Penganjuran forum ini akan disusuli dengan penerbitan buku bertemakan Law in IR 4.0 yang disasarkan pelancarannya pada penghujung tahun 2019.

Pihak Pengurusan Pusat Pengajian Undang-undang merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan program lawatan dari Universitas Pakuan ke UUM.

Tamat.