TARIK MINAT PELAJAR SEKOLAH MEMASUKI BIDANG PERUNDANGAN

lawatan hosba

SoL Online: Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba, Jitra, Kedah pada 28 Mac 2017. Lawatan itu terdiri daripada 58 pelajar dalam tingkatan 5 dan 6 serta diwakili oleh dua (2) orang guru pengiring.  Kehadiran mereka disambut mesra oleh Encik Ahmad Nasyran Bin Azrae, Penyelaras Program BPLB dan staf pentadbiran Pusat Pengajian Undang-undang.

Semasa lawatan, para pelajar telah

dibawa melawat Moot Court, Pusat Pengajian Undang-undang. Mereka sangat teruja apabila memasuki Moot Court kerana dapat merasai suasana sebenar berada di dalam kamar Mahkamah. Mereka juga telah diberikan penerangan mengenai Program Undang-Undang (LL.B) dan Program Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan (BPLB) yang ditawarkan di Pusat Pengajian Undang-undang.

Diharapkan dengan penerangan yang jelas berkaitan syarat kemasukan ke Universiti  untuk program LLB dan BPLB dapat menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian  di Pusat Pengajian Undang-undang khususnya dan UUM amnya.

Pihak Pengurusan Pusat Pengajian Undang-undang merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan program lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba tersebut.

Tamat.