KUNJUNGAN KEDUA DELEGASI INSTITUT AGAMA NEGERI (IAIN) PALANGKA RAYA, KALIMANTAN

page2

SoL Online: Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL) telah menerima kunjungan buat kali kedua dari delegasi Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Palangka Raya, Kalimantan pada 5 Mac 2017.

Sebelum ini, delegasi IAIN telah berkunjung ke SoL bersama Rektor bagi tujuan menandatangani Letter of Intent (LoI). Pada kali ini, pihak IAIN telah datang ke SoL bersama tiga (3) pelajar bagi mengikuti program mobiliti tanpa kredit selama 7 hari. Para pelajar ini diiringi oleh Dr. H. Syaikhu, Dekan Fakultas Syariah dan Dr. Syarifuddin, wakil Dekan III IAIN Palangka Raya sepanjang perjalanan ke UUM.

Para pelajar IAIN telah diberi taklimat berkaitan program mobiliti pelajar oleh wakil PPA COLGIS. Turut hadir bersama adalah Yang Berusaha Dr. Zainal Amin Ayub, Dekan SoL , Ketua Jabatan dan penjawat SoL serta para pelajar program Undang-undang. Seterusnya, perbincangan yang lebih serius antara SoL dan IAIN telah diadakan bagi membincangkan berkaitan  memorandum persefahaman (MoU), memorandum perjanjian (MoA), program mobiliti pelajar berkredit, pelantikan sebagai pensyarah pelawat antara dua universiti, penyelidikan bersama dan matching grant.

Pihak IAIN Palangka Raya telah diberi penghormatan menanam pokok durian Musang King di sekitar bangunan COLGIS sebagai simbolik perhubungan antara SoL dan IAIN Palangka Raya. Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua staf sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Tamat.