Detik permulaan jalinan kerjasama antara UUM dan Kerajaan Malaysia

page

SoL Online: Kunjungan oleh Yang Arif Dato’ Hashim Bin Hamzah, Hakim, Mahkamah Tinggi Alor Setar dan Puan Rozi Bainon, Pengarah, Bahagian Dasar dan Perundangan bersama delegasi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) ke Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) pada 1 Mac 2017 merupakan sesuatu yang amat bermakna bagi pihak UUM.

Kunjungan mereka merupakan detik permulaan jalinan kerjasama antara UUM dan Kerajaan Malaysia. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Yang Berusaha Tuan Dekan, Dr. Zainal Amin Ayub, para penjawat dan pensyarah SoL di Anjung Tamu, UUM.

Selesai taklimat di Anjung Tamu, delegasi dibawa ke Pejabat TNC (A&A) bagi mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan Yang Berusaha Dr. Hassan Ali, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia.

Seterusnya, delegasi dibawa ke SoL untuk sesi mesyuarat antara SoL dan PKPMP. Sesi perbincangan kerjasama antara UUM dan PKPMP berjalan dengan lancar dan kedua-dua pihak bersetuju dengan terma yang diusulkan sebelum mementerai memorandum persefahaman (MoU). Idea mengadakan kerjasama ini telah diilhamkan oleh Yang Arif Dato Hashim Bin Hamzah sendiri. Harapan Yang Arif Dato’ agar kedua-dua pihak mendapat faedah daripada kerjasama ini dan memorandum persefahaman (MoU) ini akan diadakan secepat mungkin pada tahun ini.

Sebelum pihak delegasi PKPMP berangkat pulang, mereka telah dibawa melawat mahkamah mut, Pusat Pengajian Undang-undang dan mereka sangat teruja dengan mahkamah mut UUM yang susun aturnya sama seperti suasana sebenar mahkamah. Pihak Pengurusan Pusat Pengajian Undang-undang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan sesi perbincangan MoU antara UUM dan Mahkamah Negeri Kedah dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP).

Tamat.