MAJLIS MENANDATANGI MEMORANDUM PERSEFAHAM (MoU) ANTARA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

page

SoL Online: Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah diadakan pada 22 Januari 2017 sempena berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor di UUM.

Majlis tersebut disaksikan oleh Naib Canselor-Naib Canselor dan Rektor-Rektor dari Universiti Awam di Malaysia dan pegawai-pegawai Kanan UUM di Bilik Senat.

Dengan termeterai MoU itu maka akan wujud hubungan kerjasama dengan rakan akademik khususnya antara Pusat Pengajian Undang-Undang dan Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL) dalam meningkatkan pencapaian dan seterusnya diiktiraf kewujudannya dalam menyumbang ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran Universiti masing-masing.

Dalam masa yang sama, UUM telah mengorak langkah menjadikan agenda pengantarabangsaan sebagai salah satu teras dalam pelan strategik universiti selain terus memperkasakan niche utama universiti iaitu dalam aspek pengurusan. UUM percaya hubungan kolaboratif dengan UIAM mampu menterjemahkan usaha-usaha pengantarabangsaannya ke fasa yang lebih dinamik.

Melalui hubungan kerjasama ini juga, para pelajar akan mendapat manfaat dari segi mobiliti dan pertukaran pelajar serta program double degree yang bakal melahirkan pelajar yang holistik dan versatile. Selain itu para ilmuan dari kedua-dua buah universiti juga dapat memanfaatkan hubungan kerjasama ini dengan menimba pengalaman sebagai ‘visiting scholar’ dan juga menjalankan kajian kolaboratif sesama mereka.

Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah Dekan, Timbalan Dekan dan beberapa staf akademik Pusat Pengajian Undang-Undang.

Sekian, terima kasih.