PROGRAM PENGUKUHAN PELAJAR BPLB BERSAMA PTD

pengukuhan BPLB

SOL ONLINE: 13 Disember 2016, Pelajar-pelajar Progam Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan (BPLB) telah mengadakan

sesi perkongsian akademik dan kerjaya bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Encik Mohd Ishaq bin Sahul Hamid.

Program ini dirancang bagi memberi perkongsian dan pendedahan kepada pelajar-pelajar BPLB tentang maklumat kerjaya,

kelayakan dan skop tugasan sekiranya mereka memilih untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebagai kerjaya pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, Encik Mohd Ishaq juga menerangkan dengan jelas tentang proses pemilihan, sesi temuduga dan sedikit tips tentang menghadapi temuduga dan tips menjawab peperiksaan sebelum seseorang individu itu layak menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Semasa sesi perkongsian ilmu dan kerjaya berlangsung, pelajar- pelajar diajukan dengan beberapa soalan teka-teki yang mencabar minda yang disediakan sendiri oleh Encik Mohd Ishaq. Tujuan soalan tersebut diajukan bagi memastikan pelajar-pelajar melatih minda dalam menganalisis sesuatu masalah dan pada masa yang sama mereka juga berasa gembira kerana berjaya menjawab soalan yang telah diberikan hadiah sebagai ganjaran. Kesimpulannya, program perkongsian seperti ini terutama yang melibatkan tentang skop kerjaya dan akademik akan memberi banyak manfaat dan faedah kepada pelajar-pelajar. Minat pelajar juga boleh dipupuk sejak dari peringkat awal dan sebagai salah satu persediaan sebelum menghadapi dunia kerjaya yang mencabar pada masa hadapan. Program ini dipengerusikan oleh Penyelaras Program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan.