Bengkel P & P : CQI For Assessing Learning Outcomes

Perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa telah menunjukkan bahawa peranan kakitangan akademik bukan hanya menyampaikan syarahan sahaja di dalam bilik kuliah. Itulah yang didedahkan kepada kakitangan akademik Pusat Pengajian Undang-Undang di dalam Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran yang telah diadakan mulai 20 hingga 21 Ogos 2013. Melalui program ini, kakitangan akademik telah didedahkan dengan perkara yang melibatkan “Outcome Based Education (OBE)”, “Constructive Alignment (CA)” dan “Continuous Quality Improvement (CQI)” di mana perkara ini akan memberikan garis panduan ke arah mencapai matlamat yang telah digariskan di dalam “Program Learning Outcome (PLO)”.

Pemantauan dalam membuat penambahbaikan secara berterusan juga telah didedahkan melalui kaedah yang disampaikan di dalam bengkel ini di mana pemantauan kepada pencapaian pelajar secara mengenalpasti teknik dan kaedah yang boleh digunakan ke arah memperbaiki penyampaian, aktiviti pembelajaran dan penilaian di samping membantu dalam menarik penglibatan pelajar di dalam kuliah bagi membentuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar sepertimana yang diharapkan.

Program yang dikendalikan oleh fasilitator daripada Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC) terdiri daripada Prof. Madya Dr. Arsaythamby A/L Veloo, Dr. Ruzlan bin Md. Ali, Prof. Madya Dr. Fauziah Bt. Abdul Rahim dan Prof. Madya Dr. Zuaini Bt Ishak dengan dihadiri seramai 19 peserta bertempat di Bilik MPM, UUM COLGIS.