Bengkel Semakan Program Akademik Dan Pembentukan "Team Building" Pusat Pengajian Undang-Undang

Park Avenue Hotel, Sungai Petani telah menjadi medan dalam proses semakan silibus bagi program Sarjana Muda Undang-Undang [LL.B(Hons)] dan Sarjana Undang-Undang Komersil. Program yang disertai seramai 32 orang kakitangan termasuk kakitangan akademik dan pentadbiran ini telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 22 hingga 24 Ogos 2013. Menurut Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang, isu-isu kritikal telah dibincangkan secara tuntas dan diharap dapat membantu dalam menambahbaik program yang ditawarkan dengan mengambilkira pandangan pelbagai pihak termasuk penasihat program, penilai luar, penilai soalan peperiksaan akhir, pandangan Prof. Adjung dan juga perubahan yang berlaku.

Dalam masa yang sama juga hubungan baik antara sesama kakitangan di dalam Pusat Pengajian terus diwujudkan agar semua perancangan dan juga aktiviti akan mendapat sokongan dan juga penglibatan daripada semua. Program riadah yang melibatkan pertandingan bowling juga turut diadakan semasa program tersebut.

Melalui program ini, diharapkan agar dapat memberikan kesinambungan di dalam penambahbaikan terhadap program yang ditawarkan di samping memberikan impak penting di mana semua yang ada dalam organisasi akademik mempunyai tanggungjawab dalam organisasi tersebut.