UUM Terima Penghargaan Sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kedah

UUM ONLINE: Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2020 Peringkat Negeri Kedah di Mydin Mall, baru-baru ini.

Sambutan tersebut telah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah, Dr. Robert Ling Kui Ee.

Pengarah Kempen Kitar Semula (E-Waste) Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd hadir meraikan dan menerima cenderhati sempena pelancaran perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2020 Peringkat Negeri Kedah.

Pusat Pengajian Undang-undang sebagai rakan strategik Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan program Kempen Kitar Semula (E-Waste) peringkat UUM selama dua hari pada Oktober lalu dengan kerjasama Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP).

Sambutan terhadap kempen ini amat menggalakkan dan secara tidak langsung kempen ini dapat melatih warga UUM menjaga alam sekitar dengan adanya platform pembuangan barangan elektrikal dan elekronik yang betul.

CONTACT US

School of Law                                          UUM College of Law, Government and International Studies (COLGIS)                  Universiti Utara Malaysia                            06010 Sintok, Kedah                              Malaysia

  • dummy+604-928 8101/ 8103/ 8109/ 8110

  • dummy+604-928 8107

  • dummy sol@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sun - Wed : 8.00am to 5.00pm    Thursday: 8.00am to 3.30pm                Lunch Time: 1.00pm to 2.00pm          Weekend (Friday & Saturday): Closed 

DOWNLOAD FORM

Search