URUS E-WASTE DENGAN SEMPURNA UNTUK PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

UUM ONLINE: Sudah tiba masanya amalan 5S yang diamalkan di pejabat dapat dipraktikkan di rumah dengan menjual atau menyisihkan peralatan elektrik telah rosak. Kebiasaannya, kita hanya membuang atau menjual barangan seperti plastik, besi, kertas atau minyak masak terpakai

Sehubungan itu, sempena Hari Alam Sekitar Negara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dan rakan strategik, Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) serta dengan kerjasama Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) serta UUMIT telah menganjurkan Kempen Kitar Semula (E-Waste) Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan selama tiga hari bermula 18 Oktober lalu.

Dekan SOL, Dr. Rohana Abdul Rahman berkata, kempen itu bertujuan untuk mengumpul barang buangan elektrik dan elektronik dengan mensasarkan staf UUM.

Menurutnya, setiap barangan buangan yang dikumpulkan akan ditukar dengan wang tunai oleh kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah iaitu Tes-AMM (Malaysia) Sdn Bhd tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah.

Menurutnya, sepanjang kempen dijalankan, mereka telah menerima 428 barangan elektrik dan elektronik daripada 72 penyumbang yang terdiri daripada warga UUM dan masyarakat sekitar.

“Barang yang paling besar diterima ialah peti sejuk dan jumlah barang yang paling banyak dikumpul ialah telefon pintar sebanyak 47 buah.

“Manakala penyumbang individu terbanyak ialah Ketua Jabatan Perundangan, SOL, Prof. Madya Dr. Harlida Abdul Wahab,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Pembangunan), JAS Negeri Kedah, Mohamed Rosiskada berkata, ‘E-Waste’ atau ‘Waste of Electrical and Electronic Equipment’ (WEEE) atau ‘Electronic Waste’ merupakan bahan buangan elektrik dan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan atau rosak atau luput.

Menurutnya, E-Waste dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah kod SW110, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Katanya, E-Waste perlu diuruskan dengan sempurna kerana ia berbeza daripada sisa pepejal berikutan bahan tersebut mempunyai komposisi logam berat (Plumbum (pb), Cadmium (cd) & Mercury (Hg) dan bahan kimia berbahaya.

“Saya berharap agar jaringan dua hala seperti ini dapat diteruskan pada program yang lain melalui aktiviti-aktiviti bersama masyarakat, di samping memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan memulihara alam sekitar,” katanya.

CONTACT US

School of Law                                          UUM College of Law, Government and International Studies (COLGIS)                  Universiti Utara Malaysia                            06010 Sintok, Kedah                              Malaysia

  • dummy+604-928 8101/ 8103/ 8109/ 8110

  • dummy+604-928 8107

  • dummy sol@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sun - Wed : 8.00am to 5.00pm    Thursday: 8.00am to 3.30pm                Lunch Time: 1.00pm to 2.00pm          Weekend (Friday & Saturday): Closed 

DOWNLOAD FORM

Search